Tarikh : 2 dan 3 Jun 2010
Tempat : Makmal Komputer , SM Sains Rembau
Sasaran : Majlis Tertinggi dan Ketua Dorm setiap rumah .
Pada 2 dan 3 Jun 2010 yang lalu , SM Sains Rembau telah mengadakan KESUMA peringkat sekolah kali yang pertama . KESUMA pada peringkat kebangsaan adalah Kursus Kepimpinan untuk semua Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah bagi sekolah berasrama penuh .
Namun , bagi peringkat Sekolah Menengah Sains Rembau , KESUMA merupakan Kursus Kepimpinan bagi semua Majlis Tertinggi dan Ketua Dorm bagi setiap rumah :-
Akhirul Zaman Lela Maharaja Johan Pahlawan Kelana Petra
Kursus ini diadakan selama 2 Hari .
Hari pertama -
Bermula pada jam 8 pagi , kami mendaftar mengikut rumah dan memperoleh fail masing-masing. Ucapan dimulakan oleh Cik Mezah Hazril , selaku Penyelaras Sistem Rumah .
Ucaptama diteruskan pula oleh bonda kami , Pn.Roslina bt Abdul Aziz selaku Ketua Fasilitator . Tidak lupa juga , Cik Riyanti bt Abdullah Sani selaku Ketua Komandan memberikan ucapan beliau .
Sarapan kami di dewan makan . Sebelum itu , kami perlu beratur dan bergerak dalam kumpulan . Ini menandakan kesepaduan dan kerjasama kami dalam rumah masing-masing .
Selepas mengisi perut , kami perlu bergerak ke bilik khas yang mengikut rumah masing-masing untuk Program ' Rumahku ' . Memandangkan Ketua Rumah dan Pen.Ketua Rumah kami sudah house-free untuk KESUMA ini kerana mereka merupakan fasilitator , Ketua Rumah dan Pen.Ketua Rumah yang baru perlu dipilih untuk memimpin rumah bagi KESUMA ini .
Mereka yang dipilih ialah :
Ketua Rumah : Jazlee Arief bin Muhamad Nasir ( 4 G )
Pen.Ketua Rumah : Nur Afifa Natasha bt Mohamed Anuar ( 4 G )
Baru kami mengetahui betapa sukarnya menjadi KR dan PKR :D
Dalam program Rumahku , kami perlu mencipta Logo Rumah , Moto Rumah dan juga Lagu Sorak dan membentangkannya . Setiap rumah memang menunjukkan semangat yang berkobar-kobar . Bagus ! Keep it up :D
Petangnya pula , ceramah diteruskan oleh En.Mohd Noor Hakim , selaku bekas Penolong Kanan Sekolah Tunku Jaafar . Beliau menekankan mengenai ' 5 Practise Examplery Leadership' .
Petangnya , kami ada sedikit sukaneka yang memang menyeronokkan !
Selepas solat Isyak di surau , peserta KESUMA dikehendaki untuk ke makmal komputer untuk aktiviti seterusnya iaitu ' Managing People ' . Setiap rumah harus membincangkan situasi yang telah diberikan dan membentangkannya .
Program tamat pada jam 1 pagi .
Hari Kedua -
Pada paginya , kami harus ke bilik khas masing-masing dan membincangkan mengenai Pelan Tindakan dan membentangkannya .
Majlis penutup diadakan kira-kira jam 10.30 pagi . Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Penolong Kanan SMS Rembau , Tn.Hj Baharudin bin Hussin .
Berikut merupakan senarai kemenangan KESUMA :
Rumah terbaik : Akhirul Zaman
ke 2 - Kelana Petra
ke 3 - Lela Maharaja
ke 4 - Johan Pahlawan
tidak mengapa wahai Johanians , setidak-tidaknya kami telah mencuba dan telah memberikan saingan yang sengit kepada rumah lain :D
3K terbaik : Akhirul Zaman
ke 2 - Lela Maharaja
ke 3 - Johan Pahlawan
ke 4 - Kelana Petra
3K telah diambil markah daripada dorm Aspura dan Aspuri sepanjang 2 hari KESUMA berlangsung .
Peserta lelaki terbaik KESUMA : Ikram bin Hanafi ( Kelana Petra )
Peserta perempuan terbaik KESUMA:Nur Afifa Natasha bt Mohamed Anuar (Johan Pahlawan)
Tahniahhhh JP !
Selepas majlis ditutup , setiap rumah dikehendaki ke Dataran untuk sesi fotografi .
okeyh , cukup sudah sesi skema , :D
* woot woot ! kami sedang memerah idea kat belakang tuu .
Jamboo n Abin tengah posing kat depan .
tak pee , doranglah buah hati jantung kesayangan kami .
kan kan , Johanians ?
Jamboo n Abin tengah posing kat depan .
tak pee , doranglah buah hati jantung kesayangan kami .
kan kan , Johanians ?
Begitulah berakhirnya KESUMA 2010 . berakhir dengan jayanya .. Harapnya , KESUMA ni akan diadakan lagi pada setiap tahun bagi melahirkan pemimpin yang berwibawa :)
Kepada semua ,
Maaf kalau maklumat di atas kurang tepat mahupun terkesan di hati sesiapa yang membacanya . Saya , menyusun 10 jari memohon maaf . Harap dimaafkan ye :)
Kepada peserta KESUMA ,
YEAHH ! we rock it :D
Kita semua merupakan peserta PERTAMA KESUMA ni . you should be proud,man ! :D
Kepada Johanians yang menyertai KESUMA kali ni ,
saya , Fifa Natasha ,
selaku Pen.Ketua Rumah 2 hari ,
ingin menyusun 10 jari memohon maaf di atas segala kesalahan yang telah saya lakukan , tersilap kata ke , terkasar bahasa ke , suruh korang selalu ikut peraturan , suruh korang duduk tegak 90 degree selalu , suruh korang button baju sampai atas ke atau apa sahaja perbuatan yang tak disenangi , harap dimaafkan .. takde simpan dalam hati eh ?
Thank You ♥
sincerely by :
♥ Fifa Natasha
No comments:
Post a Comment